« January 2008 | Main | May 2008 »

.:Insaf:.

It has been a while I am planning to write about this. How am I touched by a true story that is so close to me. And how stupid am I for being so dumb foolish of mourning!

FIRMAN Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ayat 78 yang bermaksud: Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.

Dan sesungguhnya kematian itu menginsafkan…

Al-fatihah.

Tanggal 5 Apr 2008, perginya seorang bapa dan suami, En Mohammad Firwance bin Basri. Beliau merupakan tutor saya ketika berada di UPM. Mengingatkan kembali beliau, saya kira kami bukanlah rapat, tapi sekadar mengenali. Maka, dia hanyalah seorang tutor dan guru kepada saya. Namun, selepas mendapat berita kemalangan dan pemergian beliau, saya kira beliau akan terus kekal sebagai guru di sepanjang hidup saya.

Rentetan perjalanan hidup beliau tidak pernah saya ikuti, namun, setelah pemergian beliau, saya betul-betul belajar mengenai perpisahan dan kehilangan. Mengenali apa eri cinta yang sebenarnya.

Ok, let me be frank, saya pernah kehilangan cinta. And, I am still grieving. How weak I am!

Dan saya betul-betul insaf, apabila mengenali kehidupan arwah selepas pemergian beliau. Beliau meninggalkan seorang balu dan 2 anak kecil yang masih belum mengenali apa-apa. Dan, setiap baris ayat dalam fotopages ini menuntut air mata saya.

Dan, saya insaf.Saya mungkin kehilangan cinta dan bersedih, namun, saya tak dapat membayangkan betapa saya akan menangisi jika saya berada di tempat balu arwah. Mungkin, inilah hikmahnya Allah memberi saya pengalaman merasai betapa pedihnya kehilangan itu, namun Allah berikan pengajaran terhebat ini kepada saya. Saya hanya kehilangan cinta, tapi balu beliau kehilangan cinta, teman akrab dan suami tempat bergantung.

Redha lah saya dengan kehilangan cinta saya itu. Dan saya berdoa Allah terus memberikan kekuatan buat Pn. Erna dan 2F dalam mengharungi kehidupan ini.

Ampunkan saya dalam kealpaan menangisi kesedihan, saya telah lupa dengan sunnatullah mu ya Allah.