« July 2005 | Main | October 2005 »

August 07, 2005

leaving singlehood

Lame btul tak jenguk my own blog... x update2 la plak...doesn't meant that I'm not even online, tapi network upm forbid friensdster la..x paham kenapa..kalo tak, I can update daily la...

Hmm, nothing new happened in my life...Congrates to my friend, Farah Dina Baharud-Din, who engaged on..(dah tak ingat la plak).She's the first in our batch, hmm, lepas nih, mesti ramai yang nak take turn..sape la agaknye...Eliza??? kantoii jumpe pakwe kat kolej aku...Dila sue, kantoii makan nasi kat padang ngan pakwe gak...only me ngan Lizasue...heheh, Lizasue pun no longer single tu...I declared it here!!!

Masa dah berubah, umur pun dah tue, sumer org akn berubah, dulu sorang, skang dah berdua...to us, yang dah kawan lama gila, it is a big transition la. Dulu, she have time for us, but now, her time is divided, sape yang tak terasa, but, I remembered my en papan once said, " Sape yang tak nak disayangi? We've to support our friends..If new relation start, let them grow..bile jadi kat kita nanti, kita pun nak kawan2 support, kan?"

Leaving singlehood, doesn't meant leaving friendship...kan?

Beruntung la sape yang dapat seseorang yang sangat memahami erti kawan dalam hidup kita..bukan sume orang same dalam dunia ni..kan?

Hmmm, to anyone who just start a new sweet bond, enjoy it!! but, remember, don't neglect friends who is alwiz by your side...

                            

musim jiwang...

Relaku Pujuk by Spider

Kudikejar bayang-bayang resah

Bila hatimu masih tak berubah

Enggan dipunya dan dipenjara

Belaian cintaku ini

Aku bukan lelaki yang tewas

Bisa menyambar walaupun ditolak

Biar diuji kanan dan kiri

Kau kan tetap kumiliki

Tiada lafaz yang lebih agung

Kalimah cintamu yang kutunggu-tunggu

Biar jasadku yang menanggung

Permainan darimu

Relaku Pujuk..

Janganlah kau salahkan aku

Terus memburu menawan cintamu

Aku percaya sedikit masa

Kau kecundang akhirnya

Usahlah kau bersedih

Di hadapanmu aku hadir

Memandang resah dan curiga dari hatimu..oooo

Apakah kali ini bisa kau tolak ###

Setelah aku menanamkan azimatku..

Heh, well, this time musim jiwang sikit ek. Ala, relax la kata lizasue, jiwang takpe, karat geli!! Yang, familiar those term?? Konon la die tak jiwang karat..:p
I just love this song..masa mula-mula dengar, biase je. Those who really know me, they will know how bad I am with music, sounds, songs…Mase jadi fasi tuk BTN, I remembered it was first sang by Auf, a Kelantanese boy…then, masa closing, these four ‘crook’ of our group, ala nakal2 sket, tapi diorang ni mmg glamer, NAS, FARIZ, FAIZ, FADHIL..nyanyi lagi sekali. I suddenly realize, how sweet this song was. Actually, it is sweet because of them!! Sejak tu, it reminds me of them..Nas yang paling banyak nyanyi, hmm tak sedap sangat, tapi because of him, sweet la jadinye..Ape ingat mawi je ke cam tu????heheh..

Now, this song was truly related to me. Macam cite dalam drama lak..ade la sikit2 sama. Khai was first realized, then, I asked her to write me the lyrics..#### tu, I can’t figure out what was Tam saying..so, anybody, betulkanlah…;p just another point saying how bad I am with music..most of the time, music doesn’t really play role in my life…I can listen, but I can’t feel it..tapi, I enjoy d way I am la..jgn tanya camne,tapi ok lah. Lizasue, suke tengok I terpinga-pinga can’t figure out what was d song on the radio..

Heheh, truly, this was my musim jiwang la..Lizasue forwarded this email to me, I truly felt that she meant something..maybe you guys dah baca,kan??

Just share it with you guys…

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan

bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....

akhirnya kamu kecewa, meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya

apabila dia menjadi milik orang lain


Kamu juga yang akan menyesal.....

Terpulang masing-masing, it may be rite to some, but it may not to others. So, ambil pengajaran, mungkin ade yang boleh dijadikan panduan..Learning is not academically je..everything,kan???